Thursday, December 23, 2010

ZULHAIDAH SUBOH PERSOALKAN KETUANAN MELAYU


Sama ada sengaja atau tidak disengajakan apabila Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail mempersoalkan Ketuanan Melayu dan disokong suami tercinta, Anwar Ibrahim. Mempersoalkan dan menghancurkan Ketuanan Melayu seperti yang diucapkan Wan Azizah dan Anwar sebenarnya bertujuan untuk mencabar orang Melayu yang tidak menyokong PKR dan menarik kembali sokongan bukan Melayu (Cina dan India) kepada PKR yang kebanyakannya telah hilang kepercayaan kepada Wan Azizah dan Anwar serta PKR secara keseluruhannya.

Apabila bercerita tentang Ketuanan Melayu, rakyat Sarawak juga mengalami tempiasnya berdasarkan Perlembagaan Malaysia Perkara 153 yang menyentuh mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera (Sabah dan Sarawak). Menghancurkan, menghapuskan dan maksud perkataan yang sewaktu dengannya yang menyentuh mengenai Bumiputera jelas menunjukkan bahawa PKR sebenarnya telah dan sedang memperalatkan masyarakat Bumiputera di Sarawak dalam membantu mereka mencapai kemenangan. Dan, selepas itu mereka (Bumiputera) akan ditindas dan diperlekehkan seperti yang dilakukan DAP ke atas masyarakat Melayu di Pulau Pinang, merempat di negeri sendiri.

Di sebalik ucapan Wan Azizah dan Anwar Ibrahim yang hendak menghapuskan Ketuanan Melayu, muncul pula ‘heroin’ PKR Sarawak, Zulhaidah Suboh yang tiba-tiba memunculkan dirinya dengan bertindak menyatakan BUKAN Ketuanan Melayu, tetapi Ketuanan UMNO.....

Kenapa perlu memusingkan fakta, sedangkan Wan Azizah dan Anwar Ibrahim secara terang menyatakan Ketuanan Melayu?... Apakah Zulhaidah tidak mendengar ucaptama Presiden PKR itu atau tertinggal belon (kapal terbang) ke Kuala Lumpur?

Bukan mengajar, tetapi sekadar mengingatkan bakal calon PKR Sarawak itu, sewaktu masuk sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti, apakah taraf etnik yang dipangkah ketika mengisi borang (Melayu (Bumiputera), Cina, India dan lain-lain)? Apakah Zulhaidah tidak merasai keistimewaan dan kenikmatan sebagai bangsa Melayu (Bumiputera) seperti yang terkandung dalam Perkara 153?

Begitulah Pakatan Pembangkang yang tidak tahu dan ambil tahu mengenai Sejarah bangsa sendiri. Takpayah letak nama Zulhaidah bte Suboh, tapi letak Zulhaidah a/p Suboh ...

Bila mahukan kuasa, sanggup membelakangkan Sejarah dan menidakkan apa yang pernah dikecapi sebagai orang Melayu (Bumiputera). Itulah dia Zulhaidah a/p Suboh..

No comments:

Post a Comment