Thursday, June 28, 2012

Belia penyokong kuat BN



KUCHING: Sokongan golongan belia terhadap Barisan Nasional (BN) yang didapati masih kukuh di Sarawak akan menjamin kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU)akan datang.
Exco Pemuda BN Negeri Wan Hamzah Wan Paie memberitahu, perkara itu diambil kira setelah mengukur kejayaan Program Armada Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Misi Kemanusiaan yang berakhir bulan lepas.
“Kami dapati generasi pemuda khususnya belia Sarawak, masih lagi penyokong kuat BN.
“Menerusi sokongan kuat daripada belia ini, kita yakin BN akan terus mendapat kemenangan besar di Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan secara tunai di sini, semalam.
Wan Hamzah yang merupakan pengerusi program armada tersebut memberitahu, ia juga telah berjaya menghidupkan momentum pilihan raya di kalangan pemuda.
“Saya percaya mereka dapat menghadapi pilihan raya yang akan diadakan bila-bila masa sahaja,” katanya.
Mengulas mengenai prinsip negatif pihak pembangkang yang sering memperlekehkan pembangunan dibawa BN, beliau menasihati para pengundi untuk menolak mereka.
Pembangkang mahu rakyat mengamalkan prinsip hutang jangan dibayar, budi jangan dikenang dan bakti jangan dihargai.
“Tapi saya yakin, rakyat Malaysia dapat menilai sendiri nilai-nilai negatif dalam janji pembangkang, mungkin mereka tidak nyatakan dalam manifesto mengenai ini tetapi janji mereka jelas menunjukkan mereka tidak peduli dengan hutang.
“Kita tidak mahu mengheret negara ini ke arah kebankrapan dan heret masyarakat ke budaya tidak bertamadun seperti yang diamalkan oleh mereka sendiri,” katanya.


Sunday, February 26, 2012

Tidak pernah iktiraf Israel




Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik cadangan untuk mendedahkan isi kandungan surat antara beliau dan pemimpin Israel Ehud Barak kepada pihak media.

Beliau sebaliknya berpendapat bahawa pendedahan itu penting untuk menepis segala dakwaan negatif yang dilemparkan kepada beliau mengenai hubungan negara ini dengan Israel.

“Saya kerap kali didesak untuk mendedahkan surat yang diutus oleh pemimpin Yahudi itu meminta Malaysia mengubah pendirian dengan menjalin hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

“Malah saya terfikir untuk memuatkan bahan-bahan tersebut dalam buku terbitan pertama saya, tetapi tidak dibenarkan oleh kerajaan.

“Sekarang, kerajaan mahu mendedahkan isi kandungan surat berkenaan, dan saya hanya menghargai langkah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme: Hala Tuju Sebenar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), semalam.

Bercakap mengenai surat tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan bersedia untuk mendedahkan kepada media surat itu untuk keselamatan negara.

Beliau dalam kenyataan Jumaat lepas khuatir pihak pembangkang akan cuba menimbulkan kekeliruan berhubung surat berkenaan
.
Pada Khamis lepas, Dr Mahathir mengaku pernah menulis surat kepada dua Perdana Menteri Israel Ehud Barak dan Benjamin Netanyahu ketika beliau bergelar Perdana Menteri.

Namun menurut Dr Mahathir, surat tersebut adalah sebagai jawapan balas kepada surat yang diutus oleh dua pemimpin Yahudi itu.

“Ia benar. Saya terima surat daripada Nentanyahu dan Ehud Barak dan saya jawab balik mengatakan Malaysia tidak ada apa-apa hubungan dengan mereka selagi mereka tidak mengiktiraf  kedudukan orang Palestin,” katanya.


Wednesday, October 12, 2011

Hudud: PAS, DAP ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’

PAS dan DAP telah mengambil pendirian “bersetuju untuk tidak bersetuju” berhubung isu hukum hudud, sekali gus membawa usaha mengakhiri kontroversi yang berpanjangan membabitkan kedua-dua komponen Pakatan Rakyat itu. Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng  berkata keputusan itu dicapai pada satu pertemuan yang diadakan membabitkan kepimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat parti itu di sini Isnin lalu.
Lim berkata pada pertemuan itu pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah mengulangi rangka kerja dasar bersama 2009, Buku Jingga dan juga kenyataan bersama 28 September lalu di mana hudud tidak disebutkan sebagai agenda bersama.
“Pertemuan itu memutuskan bahawa kedua-dua DAP dan PAS telah bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang hudud,” katanya.
Kata beliau, dasar itu juga tidak akan menjadi agenda Pakatan Rakyat ketika atau selepas pilihan raya umum akan datang ataupun dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan pimpinan perikatan sebelum konsensus terlebih dahulu daripada kesemua parti komponen.
Tengah hari tadi  membawa laporan bahawa di sebalik kontroversi yang berterusan, Kelantan mengambil langkah mencari sokongan dengan memberi penjelasan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhubung hasrat kerajaan negeri pimpinan PAS itu mahu memperkenalkan hukum hudud.
Penerangan itu diberikan oleh tiga Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Ia susulan mesyuarat khas Pakatan Rakyat dua minggu lalu.
Isu hukum hudud kerajaan negeri Kelantan muncul semula awal bulan lepas ekoran satu pandangan pada seminar syariah nasional di Kota Baru.

difahamkan pertemuan itu diadakan atas permintaan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sendiri dan dihadiri oleh kesemua pemimpin kanannya kecuali Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Exco yang memberi penjelasan pada pertemuan itu ialah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Takiyuddin Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan) dan Dr Mohd Fadzli Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi).
Mohd Amar juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Kelantan membawa hasrat melaksanakan hukum hudud sejak dua dekad lalu.
Perkembangan itu diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.
Lim sebelum ini ada memberi kata dua bahawa jawatankuasa pusat DAP akan meletakkan jawatan jika hukum hudud dipaksa dimasukkan dalam rangka kerja dasar bersama Pakatan Rakyat tanpa persetujuan kesemua parti.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga telah membincangkan Enakmen Kod Jenayah Syariah II Kelantan ketika pertemuan kelmarin, yang mana DAP menekankan pendirian parti tidak bersetuju dengan hukum hudud kerana ia juga tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tuesday, September 6, 2011

Non-Chinese as party president?

Sarawak United Peoples’ Party (SUPP) president Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan has no trouble endorsing a non-Chinese to replace him as the party’s new president.He stated that having a Bumiputera as SUPP president was never an issue considering that the party is multi-racial. With its members consisting of all races, the former deputy chief minister believed that it was about time to practise such an approach.
“Why not? If it is a good way to win back the support of the community, let’s go through with it (on having a Bumiputera president),” he added when contacted by Utusan Borneo yesterday.
Dr Chan was commenting on reports that Deputy Foreign Minister Datuk Richard Riot Jaem is prepared to become SUPP’s first non-Chinese president if he is elected at the party’s next Triennial Delegates Conference this December.
The five-term Serian MP, at a function in Serian on Sunday, clarified that all this would only happen if the majority of SUPP members are willing to break the barrier of electing a non-Chinese as the party president.
SUPP deputy secretary-general Dato Sri Wong Soon Koh, when contacted, also agreed with Dr Chan’s sentiment considering that SUPP practises democracy.
“SUPP welcomes all those who wish to contest for the party’s top helm. When it comes to party leadership, the race of our members are not taken into account,” added the second finance minister.
He even highlighted that the party’s history once saw Bumiputera members outnumbering their Chinese counterparts.
“If you ask me, I would say why not. As long as the candidate gets

Sunday, July 3, 2011

Ramai masih jahil ancaman komunis

SRI AMAN: Seorang wira negara menyarankan supaya kerajaan melancarkan kempen publisiti secara meluas mengenai ideologi dan kesan fahaman komunis terhadap masyarakat bagi menangani kononnya cubaan mewujudkan semula fahaman itu menjelang perhimpunan haram pada 9 Julai ini.Kanang anak Langkau, bekas Pegawai Waran 1, yang pernah terbabit dalam operasi memburu komunis, berkata generasi sekarang tidak akan memahami kezaliman dan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat semasa pemberontakan komunis di negara ini pada 1948 hingga 1960.
“Salah satu cara menimbulkan kesedaran rakyat tentang fahaman komunis adalah dengan menceritakan sejarah ideologi komunis di Malaysia yang membawa kepada pembunuhan beramai-ramai pada zaman itu,” katanya kepada Bernama di sini semalam.
Kanang, yang berusia 67 tahun, merupakan satu-satunya penerima kedua-dua anugerah Pingat Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan (SP) yang masih hidup.
Katanya cubaan menghidupkan semula ideologi komunis mungkin terselindung di sebalik kemajuan teknologi dan maklumat dalam Internet sehingga gagal dikesan oleh kerajaan.
“Adalah penting bagi rakyat dan kerajaan mengesan elemen-elemen ini pada peringkat awal lagi,” katanya.
Sambil menyokong tindakan tegas polis dalam menjaga ketenteraman awam, Kanang berkata sudah tiba masa bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi memberi isyarat jelas kepada mereka yang berhasrat menyebarkan ideologi komunis di negara ini.
Beliau juga mencadangkan Kementerian Pelajaran memberi pendedahan mengenai bahaya fahaman komunis kepada pelajar dari peringkat sekolah rendah.
“Generasi muda perlu diajar menghargai pengorbanan perajurit negara dalam mengekalkan keamanan semasa era pemberontakan komunis di negara ini,” katanya
Kanang berkata salah satu sebab utama ramai masih jahil mengenai ancaman ideologi komunis adalah kerana keamanan dan keharmonian yang dinikmati oleh generasi muda sekarang.
“Adalah sedih dan tidak sensitif oleh kumpulan tertentu yang cuba menghidupkan semua ideologi komunis…satu tindakan yang tidak menghormati pengorbanan perwira negara dalam mempertahankan keamanan negara pada era itu,” katanya.
Keberanian Kanang dalam operasi memburu penganas komunis tercatat dalam sebuah buku berjudul “Kanang Cerita Seorang Pahlwan” yang ditulis oleh Mejar (B) Maznan Nordin dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). — Bernama

Wednesday, June 22, 2011

Penafian Taib Mahmud isyarat kerajaan negeri telus

KUCHING 22 Jun - Penafian Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud terhadap dakwaan liar Bruno Manser Fund (BMF) memberi isyarat jelas bahawa kerajaan negeri mengamalkan pemerintahan bertanggungjawab dan telus.
Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar negeri, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, apa yang didakwa oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing itu adalah fitnah semata-mata.
"Justeru, saya berharap mereka yang cenderung membuat cerita-cerita berdasarkan fitnah dan andaian supaya menghentikan gerakan mereka itu.
"Ini adalah satu gerakan yang membabitkan orang tempatan yang disokong oleh gerakan antarabangsa khususnya oleh BMF," katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Bangunan Baru Kompleks DUN, di Petra Jaya, di sini, pagi ini.
Beliau diminta mengulas penafian Abdul Taib terhadap tuduhan-tuduhan tidak bertanggungjawab oleh BMF yang mendakwa beliau mempunyai satu akaun bank rahsia, aset dan pelaburan di Switzerland pada sidang dewan hari ini.
Abang Johari berkata, dakwaan-dakwaan tersebut dipercayai timbul daripada gerakan BMF yang terlibat dengan isu antipembalakan sehingga membuat tuduhan kononnya kerajaan negeri telah memusnahkan hampir keseluruhan hutan hujan dengan tujuan mensabotaj perusahaan kayu-kayan di negeri ini.
Malah katanya, NGO asing itu turut menuduh negeri ini mengabaikan kebajikan kaum Penan dan ia merupakan satu pembohongan besar memandangkan kerajaan negeri sentiasa memperjuangkan kemajuan serta pembangunan kaum berkenaan.
"Saya sendiri telah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet untuk membantu masyarakat kaum Penan bagi menjaga kebajikan serta memastikan mereka tidak ketinggalan daripada arus kemodenan.

Sunday, June 12, 2011

Pas Dap bodoh Anuar


 


MARI KITA LIHAT APAKAH PANDANGAN ANUAR TERHADAP DAP & PAS???????