Thursday, December 23, 2010

Baru Bian Tak Sabar Nak Jadi Ketua Menteri Sarawak

"Baru Bian akan mengembalikan hutan belantara, tanah dan sungai kepada rakyat” slogan Baru Bian untuk menawan hati pengundi di Ba' Kelalan. 

Pujian harus diberi kepada Baru Bian kerana masih berani bermimpi indah walaupun tewas (tidak dipilih oleh ahli PKR semenanjung) untuk merebut jawatan naib presiden. Memang kelakar sungguh Baru Bian ini. Rasanya Baru Bian ingat Anwar Ibrahim akan bagi dia jawatan Ketua Menteri Sarawak jika PKR memerintah ..begitu lah perasaan orang yang sentiasa bermimpi indah sama seperti bosnya Anwar Ibrahim yang bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia..

Berapa Baru Bian caj penduduk yang mendapat khidmat beliau menentang kerajaan mengenai Tanah Adat ? Menang atau Kalah..Baru Bian tetap dapat bayaran..kan? Mana Baru Bian mau bagi free..kalau free dia nak belanja apa nanti? Bukan PKR yang taja atau biaya dia selama ini? Lain la kalau PKR taja dan biaya Baru Bian masa dari sekolah dulu hingga dapat lesen loyar tu.. he he..baru dia bagi servis free..

Nak lawan Taib ? Bagus idea tu..Taib ke Ba'Kelalan lawan Baru atau Baru ke Balingian lawan Taib ? 

No comments:

Post a Comment