Friday, December 24, 2010

Zulhaidah Suboh yang kuat gelojoh

...saya telah menerima satu e-mail dari seorang pembaca yang memperkenalkan dirinya sebagai Mak Cik Aini dari Miri. Saya tak nak komen apa-apa. Saya copy & paste saja untuk dikongsi bersama.


Salam cik aisanda. makcik nak cakap sikit. makcik tahu siapa aisanda walau pun aisanda  tak tahu sapa makcik. tak apalah. makcik hanya nak ingatkan agar aisanda terus mengekalkan 'kewanitaan' dalam hidup dan perjuangan ini. utk menjadi srikandi yg dihormati, seorang wanita tidak perlu mengubah apatah lagi mengorbankan sifat2 kewanitaan kita. ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi. 

jangan sekali2 ikut macam zulhaidah PKR. baru pandai merangkak dah nak melompat. baru dapat diploma dlm business admin dah nak mengata diri lebih bijak dari orang lain. dah nak melihat orang lain bodoh belaka. 

jangan sekali2 ikut perangai zulhaidah. sebagai wanita walau sebuas mana pun 'nafsu' kita, jangan sekali2 menunjukkan 'kegelojohan' kita. walau menggelegak macam mana pun 'nafsu' kita, kita kena kekalkan sifat2 'kemaluan' kita. usahlah baru di puji sikit terus nak 'mengangkang'. takut nanti orang hilang stim bila 'panau dan kudis' kita dah nampak. nak buat apa pun, buat pelan-pelan. slow-slow.

makcik nak ingatkan juga, walau siapa pun orang tua kita, mereka tetap ibu dan bapa kita. Jangan jadi mcm zulhaidah  suboh. bapanya Hadi. datuknya Salleh. tapi dah bertukar menjadi Suboh. tak patut. walau pun habbit kita suka keluar 'menyuboh' sekali pun.

aisanda, hidup perlu berbakti. tapi, tak semestinya jadi YB. jangan macam zulhaidah, hanya kerana selalu belanja orang bekenu minum kopi dah perasan dia banyak berbudi dari YB Rosey - yang dah 30 tahun jadi guru untuk melahirkan anak pribumi berkualiti.

Hidup mati, jodoh perceraian adalah kuasa Tuhan. jangan perlekehkan. kita tak tahu apa akan berlaku dgn kita esok lusa. kita tak tahu mungkin esok lusa laki kita atau kita sendiri pula yang buat hal. jangan ikut macam zulhaidah, taib kawin wanita muda pun dihinanya. apa salahnya? nabi pun kawin wanita muda begitu. apalah salahnya taib kawin wanita, bukannya 'main' belakang lelaki atau main wanita dalam keretapi . pokonya aisanda, jangan jadi macam zulhaidah. Bye. Jumpa lagi.


Makcik aini, terima kasih atas e-mail tersebut. Saya tak tahu apa nak kata.

Merry Christmas

Thursday, December 23, 2010

Baru Bian Tak Sabar Nak Jadi Ketua Menteri Sarawak

"Baru Bian akan mengembalikan hutan belantara, tanah dan sungai kepada rakyat” slogan Baru Bian untuk menawan hati pengundi di Ba' Kelalan. 

Pujian harus diberi kepada Baru Bian kerana masih berani bermimpi indah walaupun tewas (tidak dipilih oleh ahli PKR semenanjung) untuk merebut jawatan naib presiden. Memang kelakar sungguh Baru Bian ini. Rasanya Baru Bian ingat Anwar Ibrahim akan bagi dia jawatan Ketua Menteri Sarawak jika PKR memerintah ..begitu lah perasaan orang yang sentiasa bermimpi indah sama seperti bosnya Anwar Ibrahim yang bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia..

Berapa Baru Bian caj penduduk yang mendapat khidmat beliau menentang kerajaan mengenai Tanah Adat ? Menang atau Kalah..Baru Bian tetap dapat bayaran..kan? Mana Baru Bian mau bagi free..kalau free dia nak belanja apa nanti? Bukan PKR yang taja atau biaya dia selama ini? Lain la kalau PKR taja dan biaya Baru Bian masa dari sekolah dulu hingga dapat lesen loyar tu.. he he..baru dia bagi servis free..

Nak lawan Taib ? Bagus idea tu..Taib ke Ba'Kelalan lawan Baru atau Baru ke Balingian lawan Taib ? 

ZULHAIDAH SUBOH PERSOALKAN KETUANAN MELAYU


Sama ada sengaja atau tidak disengajakan apabila Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail mempersoalkan Ketuanan Melayu dan disokong suami tercinta, Anwar Ibrahim. Mempersoalkan dan menghancurkan Ketuanan Melayu seperti yang diucapkan Wan Azizah dan Anwar sebenarnya bertujuan untuk mencabar orang Melayu yang tidak menyokong PKR dan menarik kembali sokongan bukan Melayu (Cina dan India) kepada PKR yang kebanyakannya telah hilang kepercayaan kepada Wan Azizah dan Anwar serta PKR secara keseluruhannya.

Apabila bercerita tentang Ketuanan Melayu, rakyat Sarawak juga mengalami tempiasnya berdasarkan Perlembagaan Malaysia Perkara 153 yang menyentuh mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera (Sabah dan Sarawak). Menghancurkan, menghapuskan dan maksud perkataan yang sewaktu dengannya yang menyentuh mengenai Bumiputera jelas menunjukkan bahawa PKR sebenarnya telah dan sedang memperalatkan masyarakat Bumiputera di Sarawak dalam membantu mereka mencapai kemenangan. Dan, selepas itu mereka (Bumiputera) akan ditindas dan diperlekehkan seperti yang dilakukan DAP ke atas masyarakat Melayu di Pulau Pinang, merempat di negeri sendiri.

Di sebalik ucapan Wan Azizah dan Anwar Ibrahim yang hendak menghapuskan Ketuanan Melayu, muncul pula ‘heroin’ PKR Sarawak, Zulhaidah Suboh yang tiba-tiba memunculkan dirinya dengan bertindak menyatakan BUKAN Ketuanan Melayu, tetapi Ketuanan UMNO.....

Kenapa perlu memusingkan fakta, sedangkan Wan Azizah dan Anwar Ibrahim secara terang menyatakan Ketuanan Melayu?... Apakah Zulhaidah tidak mendengar ucaptama Presiden PKR itu atau tertinggal belon (kapal terbang) ke Kuala Lumpur?

Bukan mengajar, tetapi sekadar mengingatkan bakal calon PKR Sarawak itu, sewaktu masuk sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti, apakah taraf etnik yang dipangkah ketika mengisi borang (Melayu (Bumiputera), Cina, India dan lain-lain)? Apakah Zulhaidah tidak merasai keistimewaan dan kenikmatan sebagai bangsa Melayu (Bumiputera) seperti yang terkandung dalam Perkara 153?

Begitulah Pakatan Pembangkang yang tidak tahu dan ambil tahu mengenai Sejarah bangsa sendiri. Takpayah letak nama Zulhaidah bte Suboh, tapi letak Zulhaidah a/p Suboh ...

Bila mahukan kuasa, sanggup membelakangkan Sejarah dan menidakkan apa yang pernah dikecapi sebagai orang Melayu (Bumiputera). Itulah dia Zulhaidah a/p Suboh..

Kerajaan tambah RM750,000 untuk realisasikan Pusat Kebudayaan Bisaya: TPM


LIMBANG: Kerajaan pusat meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM750,000 untuk membina Pusat Kebudayaan Bisaya yang berperanan bagi mempromosikan keunikan budaya dan adat resam Bisaya di peringkat kebangsaan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, projek berkenaan yang sedang di-laksanakan bakal memberi keselesaan apabila ia siap sepenuhnya dalam masa terdekat ini.
Beliau berkata, projek yang menelan belanja keseluruhan sebanyak RM1.5 juta itu amat diperlukan oleh masyarakat Bisaya di negeri ini untuk menonjolkan keunikan adat resam mereka yang kebanyakannya menetap di utara Sarawak.
“Kerajaan memahami keper-luan masyarakat Bisaya untuk mempunyai tempat serta kemudahan pusat kebudayaan dalam menjadikan ia sebagai budaya  nasional,” ujarnya.
“Peruntukan tambahan sebanyak RM750,000 diperlukan untuk menyiapkan pusat berkenaan yang dilengkapi dengan kemudahan asas secukupnya.”
Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Pusat Kebudayaan Bisaya di Batu Danau di sini, semalam.
Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Morshidi Ghani, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah dan kenamaan lain.
Muhyiddin berkata, kerajaan akan terus memfokus kepada pembangunan pendidikan termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Bagi tujuan tersebut, katanya, langkah drastik perlu diambil termasuk menyediakan audit sekolah seluruh negara yang berperanan melihat keperluan menaik taraf dan memperbaharui sekolah yang ada di negara ini.
“Malah, kerajaan turut menyediakan peruntukan besar untuk menaik taraf sekolah yang ada,” katanya.
Sementara itu, beliau memberi jaminan akan menaik taraf Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung di sini yang diancam masalah  hakisan tebing sungai dengan me-luluskan sejumlah peruntukan bagi tujuan itu.
Jelasnya lagi, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus memberi perhatian dan tumpuan terhadap nasib rakyat tanpa mengira perbezaan dan latar berlakang mereka.
“Kita mahu mengubah kehidupan dan taraf hidup rakyat agar nikmat pembangunan dapat dinikmati      bersama bukan sahaja di bandar, malah di kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya lagi.
“Adalah penting bagi rakyat untuk memahami segala dasar ke-rajaan yang membela nasib rakyat melalui gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”
Beliau menambah, melalui konsep tersebut ia akan memberi pembelaan seadil-adilnya kepada rakyat.
Pada masa sama, tegasnya, kerajaan turut memberi lebih tumpuan kepada pembangunan kemudahan asas melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
“Melalui NKRA, kita akan melihat keperluan kemudahan asas di kawasan yang memerlukan untuk dilaksanakan dalam masa terdekat mulai tahun depan dengan sejumlah peruntukan termasuk keperluan di Sarawak,” jelasnya.
Menurutnya lagi, ia bukan sahaja bertujuan untuk mengubah kehidupan rakyat agar lebih baik, tetapi juga meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhannya.