Monday, February 28, 2011

Fadillah: PBB team to probe malicious reports

KUCHING: A legal team will be formed soon to study the reports to run down the state government, as broadcasted by London-based Radio Free Sarawak.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Youth chief Datuk Fadillah Yusof said he would act in the party’s capacity to form the team.
“We will study the contents of the report and if we find statements that are malicious and breach the law, we will not hesitate to take legal action against RFS,” Fadillah said after witnessing a memorandum of understanding (MoU) between Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) and Aizo Digitalworks Sdn Bhd yesterday.
Fadillah said the government had always worked hard to ensure all basic amenities were provided to the people, and never neglected their needs.
“We practice what we have preached all this while. Not like the opposition – they only accuse us with allegations that will simply destroy the harmony and restrict our effort to develop the nation.”
Fadillah said the government had reached out to the people through social networking on the Internet.
He said the best way to counter the radio was to tell the public not to listen to reports and messages which he regarded “subversive and corrosive” and “could bring chaos to the state”.
On how the state government will react to reports on the Internet blaming it, Fadillah replied: “The government will not simply sit down and keep quiet about it. We will form a team to counter those reports on the net. We will explain the policy they condemned. It is for the public to know the real facts about BN’s policy and its importance and benefits to the rakyat.”
A few state assemblyman have had bad experiences with RFS, counting among them Asajaya assemblyman cum political secretary to the Chief Minister, Abdul Karim Rahman Hamzah and Land Development Minister Dato Sri Dr James Masing.

Thursday, February 24, 2011

Taib asuh pelapis yang upaya teruskan pembangunan

MUKAH: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengingatkan pihak pembangkang yang kemaruk untuk berkuasa agar tidak membohongi rakyat. Jelasnya, pengalaman selama 30 tahun menduduki kerusi Ketua Menteri menjadikan beliau cukup matang untuk mengetahui sesiapa yang berbohong.

“Saya klasifikasikan bohong kepada tiga jenis. Ada bohong bergurau. Ada yang berbohong untuk mendapat perhatian. Bohong ketiga paling bahaya iaitu bertujuan memecahbelahkan rakyat.

“Pembangkang memang banyak berbohong kepada rakyat. Janji itu ini, konon kalau berkuasa akan menabur duit. Bukan mudah, sedangkan kerajaan tidak dapat melakukan sebegitu. Apa lagi mereka,” tegasnya.

Pada masa sama, beliau mengakui memang ada memikirkan untuk bersara, namun tidak akan berbuat demikian sehingga pemimpin pelapis yang beliau asuh bersedia.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian itu, perasaan sayangkan rakyat menyebabkan beliau sanggup mengorbankan kepentingan peribadi dan masa berharga bersama keluarga.

“Tidak dinafikan saya akui ada terfikir untuk bersara agar dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga, bermain dengan cucu serta berehat di rumah. Bagaimanapun, saya menyedari ada tugas yang belum selesai.

“Amanah yang diberikan rakyat perlu saya pikul. Saya sayangkan rakyat yang sentiasa bersama saya semasa susah mahupun senang,” ujarnya bersemangat.

Taib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian menyatakan demikian semasa berucap dalam ‘Program Berambeh Jegem Ketua Menteri’ di Dewan Integrasi Kampung Jebungan, di sini semalam.

Menyentuh mengenai generasi pelapis, beliau memberitahu bahawa terdapat beberapa pemimpin muda yang diasuh untuk meneruskan legasi pembangunan negeri ini.

Selain itu, beliau meminta rakyat agar menjadikan tanah sebagai harta warisan yang perlu ditadbir dengan bijaksana dan berhemah.

“Tanah kita, warisan kita. Tanah merupakan aset bernilai. Jangan terlalu cepat terpesona dengan tawaran lumayan untuk menjual tanah. Jangan jual tanah jika tiada keperluan yang benar-benar mendesak.

“Segala pembangunan yang dinikmati sekarang jauh daripada mimpi kita sebelum ini. Tidak pernah termimpi bahagian Mukah akan membangun seperti sekarang,” tambahnya.

Hadir sama, isteri beliau Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi, Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad, Pengarah Urusan Kumpulan Parabena Sdn Bhd Datuk Raziah Mahmud dan Residen Mukah Saudi Narani.

Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah Unus Tambi, Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah Dr Osman Rafaie, Pegawai Daerah Mukah Mohamad Nawawi serta Penghulu Nikie Kadim turut hadir.

Muda Tengah

Sunday, February 20, 2011

Pilihan raya terakhir bagi Taib? Ketua Menteri membayangkan beliau mungkin bertanding untuk kali terakhir disebabkan faktor usia

BALINGIAN: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membayangkan beliau mungkin akan bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang untuk kali terakhir, sebelum bersara, disebabkan oleh faktor usia.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian itu turut mengesahkan bahawa keputusan mengenai tempat di mana beliau akan bertanding dalam pilihan raya negeri kelak hanya akan diputuskan pada saat-saat akhir.
“Mungkin saya bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang untuk kali yang terakhir disebabkan usia semakin meningkat. Saya sangat menghargai sokongan rakyat di sini.
“Bagaimanapun, seperti dalam pilihan raya negeri mahupun umum terdahulu, kawasan di mana saya bertanding hanya diputuskan pada saat-saat akhir,” katanya.
Beliau menyatakan demikian sebagai maklum balas terhadap permintaan warga daerah kecil ini yang masih mahukan beliau kekal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dalam pilihan raya negeri akan datang.
Permohonan itu dizahirkan Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad semasa berucap dalam Program Berambeh Jegem Ketua Menteri di Balai Raya Kampung Kuala Balingian, di sini semalam.
Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang kini berusia 74 tahun itu menegaskan, kebolehan beliau mentadbir negeri ini dengan berkesan diinspirasikan oleh perpaduan utuh di kalangan rakyat jelata.
“Negeri ini akan selamat jika kestabilan politik yang ada sekarang berkesinambungan. Berpolitik memang tidak sempurna. Tiada pemimpin hari ini yang 100 peratus sempurna.
“Bohong andai ada yang mendakwa boleh mentadbir secara 100 peratus sempurna. Apa yang ada (kemajuan) pada hari ini pun cukup baik, perlu dipertahan dan diteruskan,” jelasnya.
Selain itu, beliau berpesan kepada rakyat agar tidak bergaduh sesama sendiri seperti yang sedang berlaku di beberapa negara di Teluk ketika ini.
“Jangan berebut-rebut. Sedikit sama sedikit. Banyak sama banyak. Bahkan, pembangunan fizikal yang mantap sekarang membolehkan ekonomi meningkat. Pendapatan perkapita rakyat juga bertambah baik.
“Pada masa sama, saya menyeru rakyat supaya tidak mudah terpesona dengan janji-janji manis pembangkang yang bertujuan untuk meraih undi simpati,” tambahnya.
Hadir sama ialah isteri beliau Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi, Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Abu Seman Jahwie, Pengarah Urusan Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Datuk Raziah Mahmud serta Penghulu Johari Mahali.
Pada pilihan raya negeri yang lepas, Taib yang bertanding di kerusi DUN N.51 Balingian atas tiket BN-PBB berjaya memenangi kerusi itu dengan memperolehi 6,393 undi dan majoriti 5,726 (89.06 peratus), mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ibrahim Bayau yang hanya memperolehi 667 undi.

Sunday, February 13, 2011

Ezam Vs Ummi : Belum di Ke Bumi Lagi..TALKIN Politik Anwar Dah Dibaca

Sesi pendengaran bacaan TALKIN untuk Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) berlangsung sekali lagi hari ini di Jalan Kebun Klang. Ayuh! kita hadir beramai-ramai untuk menjayakan majlis bacaan TALKIN tersebut. Gandingan seteru lama antara Ummi Hafilda dan juga Senator Ezam bakal menjanjikan satu lagi kisah pembongkaran paling dahsyat di sepanjang tahun 2011 hingga ke PRU13. Jumpa di sana!!
SIRI BACAAN TALKIN POLITIK ANWAR IBRAHIM
TARIKH: 13hb FEB 2011 (AHAD)
LOKASI: PADANG AWAM TAMAN SETIA (JOHAN SETIA)
MASA: 8:30 MALAM


Cara untuk ke sana, Ikut KESAS Highway menghala ke Port Klang, Selepas Tol Kota Kemuning, ambil simpang kiri ke Jalan Kebun, Jumpa lampu isyarat, belok ke kanan terus ke Johan Setia. Dianggarkan dalam 2KM untuk sampai ke lokasi ceramah.

Wak J: Tak perlu bawa Kitab Yassin semasa mendengar bacaan TALKIN politik Anwar Berahi, kerana ini hanyalah majlis ceramah politik biasa. Cukup lah sekadar mendengar dan mangikuti bacaanya di dalam kereta di sepanjang anda pergi dan pulang ke rumah. Selamat sampai dan selamat pulang. InsyAllah sekali lagi wak akan turun ke sana. Di harap ramai rakan blogger dapat hadir malam nanti..

Anwar pecah rekod 50 kali tangguh kes

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Kerajaan diminta bertindak tegas dengan menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada bebas untuk keluar dan masuk negara ini kerana ia boleh memberi imej buruk kepada negara.
Ummi Hafilda Ali berkata, kerajaan tidak perlu berlembut dan memberi ruang kepada Anwar untuk berbuat demikian kerana sikapnya yang suka menyebarkan fitnah untuk mendapatkan simpati daripada negara lain.
"Kenapa wujud pilih kasih? Anwar dibiarkan sesuka hati keluar masuk negara ini dan memberi ceramah sedangkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dihalang daripada membuat sebarang kenyataan?
"Anwar juga terikat dalam proses perbicaraan liwat namun dibiarkan bebas. Anwar diberikan peluang untuk berceramah mengutuk individu, memutar belit dan mengadakan cerita untuk menghuru-harakan rakyat," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Ummi Hafilda, setiap pergerakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu harus dipantau dan pasport antarabangsanya perlu dirampas.
"Kerajaan perlu tegas dan tidak membenarkan beliau mendapat permit untuk berceramah tanpa ada sekatan. Sedangkan apa yang dikatakan olehnya hanya pembohongan dan fitnah melampau yang hanya akan meracuni pemikiran rakyat dan menimbulkan kebencian kepada kerajaan. Kita tak mahu negara ini menjadi seperti Mesir yang porak-peranda disebabkan mainan politik kotor Anwar," katanya.
Sementara itu, Gerakan Anti-PKR (GAP) dalam entri terbaru blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com bertajuk 14 Februari: Anwar Rancang Insiden, percaya beliau pasti berusaha meloloskan diri daripada perbicaraan kes liwat yang akan bersambung pada 14 Februari ini.
Blog itu juga mendakwa Anwar merancang sesuatu untuk mendapat simpati rakyat.
Anwar juga, kata blog itu, memecahkan rekod dunia apabila berjaya menangguhkan kes pendakwaan liwatnya sebanyak 50 kali sepanjang tempoh tiga tahun lalu. - Utusan Melayu
Hehehe bukan setakat 5o kali tangguh kes. Anwar banyak lagi pecah rekod. Kita nak dedah esok.

Monday, February 7, 2011

Wakil rakyat PKR perlu tingkat prestasi menjelang PRU-13

Di sebalik siri tamparan terbaru ekoran pemimpin keluar parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada wakil rakyat partinya supaya meningkatkan prestasi mereka jika mahu bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.
Ketua Umum PKR itu mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari Selangor di sini semalam untuk berkongsi perkembangan semasa mengenai kempen mereka menghadapi pilihan raya negeri, krisis di peringkat Sabah dan juga pendekatan memperkuatkan parti itu.
“Kami telah diminta mempertingkatkan langkah ofensif. Kerja-kerja merancang aktiviti akan digodakkan termasuk fokus ke atas pilihan raya negeri Sarawak... usaha-usaha sepadu sedang dijalankan,” kata seorang wakil rakyat yang menghadiri pertemuan itu.
Difahamkan Anwar (gambar) memberi amaran hanya pemimpin-pemimpin yang memperlihatkan rekod khidmat baik sahaja akan dipilih semula sebagai calon pilihan raya umum.
Komponen Pakatan Rakyat (PR) ini berhadapan dengan siri wakil rakyat, di kedua-dua peringkat negeri dan Parlimen, keluar parti untuk bertindak sebagai Bebas ataupun menyertai Umno.
Pemimpin terbaru bertindak keluar ialah ketua PKR Sabah Pajudin Nordin dan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan.
November lalu, Datuk Zaid Ibrahim keluar PKR dan kemudian mengepalai parti Kita.
Pada pertemuan semalam, Anwar juga menggariskan keperluan untuk memfokus pilihan raya negeri Sarawak.
Beliau berada di negeri itu selama dua hari hujung minggu lalu untuk menyusun strategi bersama ketuanya Baru Bian, di mana secara kebetulan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga berada di negeri itu untuk mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat dan menghadiri sambutan Tahun Baru Cina peringkat nasional di Miri.
Kedua-dua PR dan Barisan Nasional (BN) bekerja keras untuk memenangi sebanyak kerusi yang boleh pada pilihan raya kecil di Sarawak.
Bagaimanapun PR memberi fokus ke atas kerusi-kerusi majoriti Cina di kawasan bandar selain memperluaskan pengaruhnya di kawasan pedalaman.
“Parti memulakan langkah persiapan ke arah kempen intensif selama dua bulan di Sarawak di bawah kepimpinnan Baru Bian, jadi kami menyusun strategi dan program yang lebih tersusun,” katanya.
Difahamkan pemimpin-pemimpin parti akan mengadakan lebih banyak kunjungan ke Sarawak sepanjang dua bulan akan datang untuk memperkukuhkan jentera kempennya.
The Malaysian Insider difahamkan kesemua pemimpin parti akan diberi ruang tugas yang khusus di negeri masing-masing dalam usaha menyusun semula fokus parti.
Tetapi Anwar juga bercakap mengenai keperluan mempertahankan kedudukan PKR di Selangor — negeri paling maju dan kaya yang dimemenangi PKR pada 2008.
“Kami juga membincangkan dengan panjang lebar kepentingan mempertahankan Selangor dan soal menurunkan calon bergantung pada prestasi semasa mereka,” kata seorang ahli Parlimen PKR.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang turut menghadiri pertemuan itu mengakui bahawa tindakan keluar parti beberapa pemimpin telah menjejaskan fokus dalam melakukan pembaharuan dasar.
“Pembaharuan dasar yang perlu kami fokus, tindakan keluar parti telah menjejaskan fokus kami. Itu tujuan pertemuan hari ini, untuk menyusun semula strategi dan fokus,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Justeru katanya, langkah penubuhan majlis presiden di Sabah adalah langkah terbaik untuk menyelesaikan kemelut di negeri itu.
Majlis itu diketuai oleh presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang diumumkan sehari selepas Pajudin keluar parti dan menyetai Umno.

Tuesday, February 1, 2011

Pembangkang tidak perlu desak KM bubar DUN

KUCHING: Parti-parti pembangkang tidak perlu mendesak Ketua Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk mengumumkan tarikh pilihan raya negeri dengan segera.
Ini kerana, tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hanya akan berakhir pada Julai depan dan Ketua Menteri boleh mengumumkan pembubaran DUN Negeri pada bila-bila masa sahaja.
Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sememangnya Ketua Menteri tahu bila tiba masanya beliau akan mengumumkan pembubaran DUN, justeru tidak perlu didesak oleh mana-mana pihak.
“Kita akan mengadakan pilihan raya negeri pada tahun ini… dan tidak perlu bagi pihak pembangkang mendesak agar Ketua Menteri mengumumkan pembubaran DUN dengan segera.
“Parti pembangkang tidak perlu mendesak Ketua Menteri untuk mempercepatkan pilihan raya diadakan, sebaliknya mereka perlu ‘buat kerja sendiri’ dan jangan cuba memecahbelahkan perpaduan rakyat,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, di sini semalam.
Abdul Karim berkata parti-parti pembangkang sememangnya hanya muncul pada musim pilihan raya tetapi mereka tidak berjumpa dengan rakyat di pelbagai kawasan pada setiap masa meskipun mereka sebagai wakil rakyat.
“Kita akui pembangkang hanya pandai memporak-perandakan rakyat, tetapi mereka tidak pernah mahu membantu rakyat walaupun me-reka mewakili kawasan yang ditawan pembangkang,” katanya.
Abdul Karim berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar tempatan bahawa Dewan Pemuda PAS Sarawak mendesak Ketua Menteri mengumumkan pembubaran DUN de-ngan segera bagi membolehkan pilihan raya ne-geri diadakan secepat mungkin.
Pengerusinya, Abang Eddy Allyani Abang Fauzi ketika ketika bercakap kepada pemberita di Bintulu, Sabtu lalu dipetik sebagai berkata: “Sekiranya BN sudah kuat dan yakin, tidak seharusnya menahan tempoh proses itu (pilihan raya) terlalu lama.”
Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata pihak PAS ti-dak perlu mendesak Ketua Menteri mengumumkan pembubaran DUN dengan segera kerana tarikh pilihan raya negeri pasti akan tiba juga.
“Kita mempunyai masa (tempoh) Januari hingga Julai tahun ini untuk mengadakan pilihan raya negeri, justeru kita tunggu sahajalah apabila tiba masanya Ketua Menteri mengumumkan pembubaran DUN,” katanya.
Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada Mei 2006 iaitu sebanyak 71 kawasan (kerusi) DUN dipertandingkan.
BN memenangi 62 kerusi, pembangkang lapan (DAP-6, PKR-1, SNAP-1) dan Bebas satu.
Bagaimanapun, PAS yang bertanding hanya satu kawasan iaitu DUN Beting Maro turut kecundang kepada calon BN.